THANK YOU BAHRAIN
Catatan Asyura 2008 (10 Muharran 1429H), Al Manama, Bahrain
Muharram adalah bulan kesedihan masyarakat Syiah kerana mengingati kematian Imam Hussein r.a, cucu baginda Rasulullah s.a.w. Ekspresi kesedihan bermula dari 1 Muharram di peringkat kawasan dan kemuncaknya adalah 10 Muharram di Al Manama Souq secara besar-besaran. Kemucak ini menyaksikan ekspresi kesedihan seperti di foto. Seterusnya kesedihan dilanjutkan selama 40 hari untuk ekspresi lagi (sambutan-sambutan kecil)
Tradisi ini harus dihormati dan perlu diberi perhatian oleh 'orang luar'. Berhibur, bersuka ria dan apa-apa perkara berkaitan suka ria adalah dilarang oleh masyarakat syiah dalam tempoh ini. Di pejabat, perkara ini sangat penting dipatuhi. 'Learn and respect the local culture.'
Lokasi strategik iaitu di masjid utama, dan saya terus berada dalam 'crowd' untuk merakamkan foto sedekat yang mungkin. Ada kala saya berada dalam arus perarakan yang mana pedang melintas disebelah muka; darah memercik ke tangan ; rantai besi nyaris-nyaris singgah di kepala saya. Semuanya gara-gara teruja hendak mendapatkan rakaman terbaik dan dekat. (aku tak nak buat lagi, bahaya sebab darah)
Junior turut serta dan kelihatan tergamam pada mulanya. Saya tempatkan dia di atas sebuah pick-up truck bersama kanak-kanak tempatan. Sementara itu saya meneruskan rakaman. Kemudianya kami menyusuri lorong-lorong yang hanyir.
'Sunni school of thought' menyimpan sejarah tertentu untuk melindungi 'school of thought' nya, malah tidak menjadikan peristiwa karbala ini sebagai sejarah utama Islam kerana ia barangkali mampu menjejaskan kesinambungan 'Sunni school of thought' pada hari ini.
Dari 'Syiah school of thought' pula, ceritanya cukup keras dan terperinci serta mereka menyebut-nyebut betapa kejamnya pihak yang membunuh Hussein r.a
Kami menerima layanan istimewa nasi baryani dan Alhamdulillah sehingga kini saya dan Junior tidak mengalami sebarang masalah. Ha ha ha! Perut sudah 'immune' dengan persekitaran di sini agaknya.
Lagi satu, orang Melayu, kena sahaja nasi free, maka lupalah penghayatan Asyura! Ha ha ha! Kenyang!
Pengajaran Asyura' Melayu.
http://kzahmad.blogspot.com/2008/01/asyura-10-muharram-satu-pengajaran.html
Perbahasan berkaitan peristiwa berkaitan Karbala/Asyura' di
http://tehranifaisal.blogspot.com/2008_01_20_archive.html serta pautanya. Mesti baca.